Assalamualaikum buat semua sahabat pembaca yg dihormati sekalian...
Sebelum saya memulakan pembentangan dari ceramah yg saya peroleh pada 10 dan 11 Disember 2005...elok rasanya kita muhasabah diri semula betapa byknya kurniaan Allah S.W.T. kepada kita....lihatlah alam....lihatlah haiwan-haiwan baik di darat mahupun di laut...perhatikan bulan dan bintang di waktu malam...disilih bergantikan dengan matahari....pada siangnya ....lihatlah kebesaran ALLAH di muka bumi ...dan hayatilah....setiap detik kehidupan kita....
Sebelum saya teruskan marilah kita berselawat ke atas junjungan besar kita Rasulullah S.A.W. semoga Baginda diletakkan di Makam yg terpuji dan terbaik...
Baiklah....Sebelum kita mempelajari lebih mendalam ttg sirah nabi...lebih baik kiranya kita perhatikan 5 mukadimah yg diutarakan oleh penceramah pada hari tersebut....
Persoalan Pertama....Kita...apa matlamat hidup dan peranan kita di bumi Allah ini?
Sebagai Muslim?...... khalifah Allah ... bersolat....membayar zakat..berkahwin....menunaikan haji......dan matlamat terakhir memasuki syurga di akhirat kelak.......
Sebagai pelajar atau pekerja? .....mendapat ijazah terbaik... berjaya dalam matlamat kehidupan duniawi...berjaya mendapat gaji yg lumayan....kereta mewah...
Sebagai Anak? ...patuhi kata nasihat ibubapa....sayangi adik beradik..bertolak ansur dlm keluarga....
Sebagai MELAYU? .....menjaga maruah bangsa......menaikkan martabat MELAYU ke arah yg lebih tinggi...
Saya pasti kesemua di atas menjadi matlamat dan objektif kita dan rata-rata semua individu ingin berjaya dalam bidang masing-masing....namun..adakah semua itu cukup utk kita menjadi insan yg kamil di dunia yg sementara ini?
Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan jasad kamu tetapi Allah melihat pada Amal dan Hati kamu
HAti Mulia ditasdiqkan dengan amalan.....
Persoalan kedua....Maksud Islam itu sendiri......Islam itu tunduk..menyerahkan diri kpd ALLAH S.W.T..
persoalan ini agak penting utk kita hayati kerna.....adakah kita mahu menjadi Islam yg hanya pada nama saja(Islam berpahatkan warisan)......Sebenarnya Islam itu lebih mencangkupi semua cara hidup....Islam itu ADDIN......
Islam tidak bermula pada zaman Rasulullah...malah sejak zaman Nabi Adam Alaihissalam dan zaman Nabi Ibrahim....
Rujukilah Surah Al-Baqarah Ayat 131 sehingga 133...cukup jelas dan terang menyatakan keislaman(ketundukan Nabi Ibrahim serta keturunannya NAbi Yaakub kepada Allah S.W.T.) mereka dan hidup mereka hanya kerana Allah dan mati mereka kerana Allah dan tidaklah mereka mati melainkan dalam keadaan muslim.....Maka pabila Kaum Yahudi dan Nasrani menyatakan Adam dan segala nabi sebelum Rasulullah itu adalah nabi mereka.....ayat dr surah ini menyatakan pembohongan yg jelas dan ketahuilah bahwasa Islam itu wujud sejak zaman Nabi Adam lagi....
Persetankan artikel yg digahkan oleh orientalis-orientalis yg cuba mengaburi minda umat Islam dan manusia sejagat dengan menyatakan bahawa Islam itu 'diperkenalkan' oleh Rasulullah(founder of Islam)..walhal...kita semua sedia maklum ia telah wujud sebelum Junjungan besar kita dilahirkan di muka bumi lagi...
Persoalan Ketiga......Keistimewaan dan kehebatan yg dikurniakan Allah azzawajalla..kepada manusia....
Seperti yg kita ketahui....sebelum Nabi Adam dibentuk....Jin telah dijadikan Allah dan diturunkan di bumi utk memakmurkan alam....malangnya,mereka melakukan kerosakan di bumi Allah melainkan Iblis yg masih berada di syurga...
Allah bertanya kepada para Malaikat bahawasanya Allah mahu mewujudkan manusia.Para malaikat berasa cukup hairan dan mempersoalkan kewujudan manusia di muka bumi..Mereka tidak mahu lagi melihat kerosakan dan pembunuhan berlaku di dunia...lalu Allah berfirman bahawasanya.....Dia lebih mengetahui apa yg kamu tidak ketahui....
Wujudlah Adam ..dan para malaikat tunduk menghormati ciptaan Allah itu..melainkan iblis yg dengan bongkak menghina makhluk yg hanya dicipta dari gumpalan tanah..walhal dirinya dari api.Lalu Allah murka....namun sebelum dia dinyahkan dari syurga....Iblis memohon dari Allah supaya dirinya dihidupkan sehingga hari kiamat utk menyesatkan keluarga Adam... Allah menunaikan doa permintaan Iblis.dari situlah bermulalah detik sejarah permusuhan iblis dengan manusia....
Kenapa Allah menciptakan manusia di muka bumi ini?...tidak lain dan tidak bukan untuk menjadi khalifah di muka bumi dan memerintah alam....
Manusia itu istimewa kerna akal dan hatinya.....manusia itu istimewa kerna ia ibarat logam..apabila ia cair...ia boleh ditempa dan boleh menjadi hebat bahkan lebih hebat dari para malaikat yg sentiasa patuh kepada Allah...namun..jika mereka sesat mereka adalah sehina-hina haiwan bahkan lebih hina dari itu....Rujuki Surah Al-Araaf Ayat 179
Persoalan keempat .....Fekah...pemahaman ttg Islam...
Dalam hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim...maksudnya...
Manusia itu ibarat logam,mereka-mereka yg hebat semasa jahiliah mereka juga hebat semasa Islam dengan syarat dia faham Islam
Dalam satu lagi hadith..maksudnya
Sesiapa yang Allah kehendaki dengan Nya kebaikan,akan diberi faham dlm agama
Begitulah hadith-hadith yg menunjukkan bahwasanya mereka yg faham dalam agama akan menjadi sehebat hebat manusia....
Untuk menjadi muslim yang hebat,pemahaman dalam agama Islam itu adalh perlu malahan menjadi satu fardu ain untuk kita memahami ajaran Islam itu....
Apabila pemahaman ttg Islam sudah terpahat di dalam hati, seorang muslim itu akan menjadi sehebat-hebat manusia walaupun sebelumnya mereka jahil dan berpaling daripada ajaran Islam.
Persoalan kelima ....EQ dan IQ(hati dan akal)
Dalam Surah Al-Haj ayat 46...menunjukkan bahawasanya....manusia yang hidup berpandukan akal semata-mata tidak akan mengecapi kepuasan hidup di dunia dan di akhirat....
Hadith 40...karangan Imam Nawawi...Hadith ke-6.... menerangkan ttg priority hati...di mana dengan jelas hadith tersebut menyatakan seorang manusia yang rosak hatinya maka rosaklah juga jasadnya.
Di sinilah klimaks mukadimah yg cuba disampaikan oleh penceramah...
Kita khasnya di Malaysia sudah punya ramai pekerja profesional dan saya pasti profesional-profesional ini majoritinya menguasai IQ lebih dari EQ....
Sejarah membuktikan EQ sebenarnya lebih menguasai IQ....saya di sini bukan untuk melemahkan semangat para jurutera,doktor dan para profesional yg menguasai ilmu IQ tapi inilah hakikatnya..bahawa mereka yg menguasai EQ lebih cemerlang daripada mereka yg menguasai IQ...lihat saja manusia yg menjadi pemimpin di dunia ini..Tunku Abdul Rahman..Mahatma Gandhi...Lenin....Hitler....sekadar menyebut beberapa nama..kebanyakannya lebih cenderung dalam bidang EQ seperti undang-undang,ekonomi,sains politik dan sebagainya....
Malah contoh mudah yang boleh kita perhatikan adalah di dalam negara kita sendiri di mana daripada 5 Perdana Menteri..cuma satu sahaja yang menguasai bidang IQ..
Mari kita soroti pemimpin di Malaysia iaitu Dr. Mahathir yg berkelulusan perubatan...ketepikan dahulu isu politik beliau kerana apa yang cuba saya jelaskan di sini adalah aspek positif yg boleh kita pelajari yakni bagaimana seorang yg bergelar doktor(penguasaan IQ) sebenarnya juga mampu memerintah negara ke arah kemajuan jika punya EQ yg mantap..namun kemajuan yg dicapai hanya dari segi fizikal(lahiriah)........disebabkan itu masyarakat Malaysia walaupun hidup aman dan makmur..namun masih tercari-cari identiti mereka sendiri...dan yang paling jelas kekalutan di Malaysia membawa pelbagai goncangan politik yang berlaku di bawah pemerintahan beliau...KENAPA?.. anda semua perlu ingat bahawa saya menyebut perkara ini dari konteks kehidupan manusia...
Lain pula isunya dari pandangan Islam....penguasaan EQ itu adalah penguasaan hati(Qalbu) kita..itulah peri pentingnya pemahaman dalam agama dan pengisian rohani seperti yg disebut di atas ...
Umat Islam perlu menyeimbangkan EQ(hati-nurani)) dan IQ(akal pemikiran-fikrah) kita...jgn kerana IQ sudah menggunung tinggi...kita merasa sudah cukup berbangga dengan prestasi kita walhal sebenarnya mereka belum mendapat kepuasan hidup di dunia sebenarnya...Kerana dengan keseimbangan kedua-dua ini,umat Islam insyaallah mampu mewujudkan sebuah negara Islam yang berlandaskan sunatullah berpandukan sirah Rasulullah....
Oleh itu,ubahlah paradigma kita...ubahlah fikrah kita...ubahlah hati kita.....
Itulah isi sebenar yg cuba diketengahkan oleh penceramah pada hari tersebut...
Jadi ,cukuplah setakat itu rumusan sekelumit ini yang mampu saya coretkan di sini..lagipun nampaknya tangan saya sudah agak keletihan menaip....sesungguhnya ilmu yg diluahkan oleh penceramah pada hari itu hanyalah setitis air dari seluas lautan Ilmu Allah yang berada di seluruh muka bumi ini....
Insyaallah di pertemuan yang akan datang saya akan cuba menaip lagi..mungkin sekembalinya dari Glasgow sempena perhimpunan musim sejuk di UK...
Demi menegakkan syiar Islam dan mencapai keredhaan Allah...
Islam sepanjang Zaman....